This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Sunday, 10 December 2017
NAMA AHLI KUMPULAN
December 10, 2017
No comments
HIDAYANA BINTI JAMSIDIN
D20161073794
ISMP PENDIDIKAN KHAS
NUR AMIRA BINTI ABU BAKAR
D20161073785
ISMP PENDIDIKAN KHAS
NOR HAZWANI BINTI MANJA
D20161075033
ISMP PENDIDIKAN KHAS
KERTAS KERJA PAMERAN
December 10, 2017
No comments
KERTAS KERJA
PAMERAN BAHAN BANTU MENGAJAR
TARIKH
27 November 2017
TEMPAT
Tadahan Utara 3,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900
Tanjung Malim,
Perak.
ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 3 Sesi 2017/2018
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan bagi mempamerkan bahan bantu mengajar bagi kursus BMK 3033 Keterampilan Membaca.
2.0 PENGENALAN
Tujuan program ini dirangka dan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai bagaimana untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan pelajar semasa menjadi guru kelak supaya bakal guru dapat mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah pada masa hadapan.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan bertujuan untuk:
3.1 Mempamerkan bahan bantu mengajar.
3.2 Memberi peluang kepada bakal guru untuk merasai pengalaman/memberi pendedahan awal kepada bakal guru tentang bagaimana untuk berhadapan dengan murid apabila menjadi guru kelak.
3.3 Memberi pendedahan/sedikit info mengenai program pengajian yang diambil kepada pelajar lain yang berlainan kos (program).
3.4 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.5 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan pihak pensyarah.
3.3 Memberi pendedahan/sedikit info mengenai program pengajian yang diambil kepada pelajar lain yang berlainan kos (program).
3.4 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.5 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i dengan pihak pensyarah.
3.6 Mengajar dan melatih mahasiswa/i agar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
4.1 Mahasiswa/i dapat mempelajari teknik interaksi yang berkesan antara pelajar dengan guru.
4.2 Mengurangkan kejutan budaya mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar kelak.
4.3 Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
5.1 Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
5.2 Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
5.3 Membentuk peribadi guru yang baik.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang bergiat aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak fakulti. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta. Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program : Program Pameran Bahan Bantu Mengajar
Tarikh : 27 November 2017
Hari : Isnin
Tempat : Tadahan Utara 3, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak.
8.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi - Kata alu-aluan daripada pensyarah subjek BMK3033 (Keterampilan Membaca)
8.30 pagi - Persiapan tempat pameran oleh semua peserta
9.00 pagi - Majlis bermula dengan pensyarah menilai hasil persembahan bahan bantu mengajar setiap kumpulan diikuti dengan penilaian oleh wakil pelajar setiap kumpulan.
11.00 pagi - Majlis penutupan oleh pensyarah
10.0 SENARAI JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM
Penaung
Prof. Madya Dr. Nor Azmi bin Mostafa
Penasihat
Prof. Madya Dr. Dahlia binti Janan
Pengarah program
Muhammad Amin bin Zaid Saidi
Setiausaha
Nor Hazwani binti Manja
Penolong Setiausaha
Hidayana binti Jamsidin
Penolong Setiausaha
Hidayana binti Jamsidin
Bendahari
Nur Amira binti Abu Bakar
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
BAHAN UNIT HARGA
1) Mounting Board 3 RM 2.60
2) Pengepit kayu 1 RM 1.203) Pin 1 RM 2.60
4) Ring 1 RM 2.60
5) Batang Aiskrim 1 RM 2.60
6) Cawan Kertas 1 RM 1.20
JUMLAH RM 18.00
BAHAN UNIT HARGA
1) Mounting Board 3 RM 2.60
2) Pengepit kayu 1 RM 1.203) Pin 1 RM 2.60
4) Ring 1 RM 2.60
5) Batang Aiskrim 1 RM 2.60
6) Cawan Kertas 1 RM 1.20
JUMLAH RM 18.00
12.0 PENUTUP
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada pensyarah yang dikasihi, ahli kumpulan yang disayangi dan pelajar-pelajar lain yang terlibat dalam program ini. Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada pelajar mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini dapat mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat.
Disediakan oleh :
(NOR HAZWANI BINTI MANJA)
Diluluskan oleh:
(PROF. MADYA DR. NOR AZMI BIN MOSTAFA)
Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Disediakan oleh :
(NOR HAZWANI BINTI MANJA)
Diluluskan oleh:
(PROF. MADYA DR. NOR AZMI BIN MOSTAFA)
Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi
TEKNIK MENERAP IMEJ DAN TEKS NUMERASI DALAM PENDIDIKAN KHAS
December 10, 2017
No comments
Teknik Yang Digunakan Dalam Menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Teknik yang digunakan bagi menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini ialah Teknik Menerap Imej. Melalui teknik ini pelajar akan dapat menjana imej mental berkaitan bahan yang dibacanya sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Namun dalam menghasilkan bahan bantu mengajar berkaitan Pendidikan Khas. Teks yang digunakan mestilah tidak panjang kerana murid pendidikan khas mempunyai masalah dalam membaca teks yang panjang. Teks yang digunakan pula tidaklah melebihi 5 hingga 10 patah perkataan. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan imej dan teks pendek dalam Bahan Bantu Mengajar yang dihasilkan. Bahan bantu mengajar yang kami hasilkan adalah berkaitan Kemahiran Numerasi Dalam Pendidikan Khas. Kandungan bahan bantu mengajar ini ialah konsep operasi dan konsep nombor. Antara langkah pelaksanaan teknik menerap imej ini ialah:
Langkah 1 – Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan menerap imej. Guru mesti menjelaskan menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar memahami apa yang mereka baca. Pelajar akan dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca. Guru tunjuk cara untuk melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri. Melalui teknik ini guru akan memberikan pendedahan awal tentang numerasi kepada pelajar. Sebagai contoh, dalam pendidikan khas, pelajar akan didedahkan tentang nilai banyak dan sedikit serta bentuk yang lebih besar dan kecil. Dengan cara ini pelajar akan membuat gambaran mental tentang imej atau objek yang terdapat disekeliing mereka seperti yang digambarkan oleh guru.
Langkah 2 – Pilih teks berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan and bacakan dengan lantang. Guru bacakannya dengan lantang. Di Dalam pendidikan khas, teks yang akan digunakan oleh guru adalah tidak panjang hanya sekadar 5 hingga 10 patah perkataan. Hal ini demikian kerana, pelajar pendidikan khas lemah dalam memahami teks yang panjang disebabkan tahap pembacaan dan pemahaman mereka adalah rendah berbanding pelajar biasa. Oleh itu, melalui teknik ini, bahan bantu mengajar yang kami sediakan ialah:
- Berkaitan dengan geometri - pelajar akan membuat gambaran tentang imej bentuk seperti bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya dengan cara guru menunjukkan teks. Contoh “ Saya bulat, Saya tidak mempunyai bucu, Saya ada di sekeliling manusia, Bola, matahai dan cincin adalah bentuk saya”. Melalui teks ini pelajar akan memuat gambaran mental tentang bentuk bulat.
- Berkaitan operasi tambah dan tolak- Kami menyediakan bahan bantu mengajar seperti bentuk tapak tangan. Pelajar akan belajar cara untuk melakukan operasi tambah dan tolak
- Berkaitan nombor - Pelajar akan ditunjukkan puzzle yang berbentuk nombor dalam metematik dari nombor 1 hingga nombor 5. Pelajar akan mengenal bentuk-bentuk nombor tersebut secara umum.
Seterusnya, Langkah 3 – Tunjuk cara penggunaan strategi kepada pelajar. Guru melakukan teknik berfikir dan bersuara dan kemudian berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi beliau dengan teks dengan pelajar. Pekara ini dilakukan terutamanya apabila bertemu dengan perkataan yang menarik di dalam teks. Melalui teknik ini guru akan membaca teks yang disediakan dengan kuat dan lantang di hadapan pelajar. Seterusnya, guru akan berkongsi pengetahuan sedia ada seperti kaitan teks dengan keadaan sekeliling pelajar. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pelajar memahami apa yang disampai oleh guru daripada teks tersebut. Bahan bantu mengajar yang kami hasilkan mengikut teknik ini ialah objek 3 dimensi. Antaranya, ialah bentuk bulat, segi tiga dan segi empat.
Langkah 4 – Membekalkan latihan berpandu. Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang mereka gambarkan ketika membaca lantang berlansung. Galakkan pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan. Melalui teknik ini guru akan menyediakan kertas supaya pelajar dapat melakar dan menulis semula apa yang mereka gambarkan daripada apa yang guru sampaikan dari langkah pertama hingga langkah ketiga.
Langkah 5 – Sokongan ketika latihan kendiri. Pelajar akan bekerja secara pasangan untuk membaca senyap teks. Kemudian, pelajar secara bergilir diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej-imej yang mereka bina ketika membaca dan juga punca yang menyebabkan mereka membina imej-imej tersebut. Pasangan pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental yang mereka bina. Guru memberikan sokongan dan bantuan dari masa ke semasa supaya pelajar pada akhirnya dapat melaksanakan aktiviti tanpa bergantung kepada guru.
Langkah yang terakhir iaitu langkah 6 – Sediakan latihan kendiri terpilih. Melalui langkah ini guru akan menyediakan beberapa latihan kendiri kepada pelajar dengan cara yang kreatif seperti bermain permainan yang boleh menarik minat pelajar. Oleh itu, kami menyediakan beberapa jenis bahan bantu mengajar yang melibatkan aktiviti berkaitan kemahiran numerasi. Antaranya ialah:
1. Aktiviti operasi tambah - Guru akan menerangkan cara untuk melakukan aktiviti ini dengan menunjukkan kepada pelajar terlebih dahulu. Kemudian, pelajar akan melakukan aktiviti dengan memasukkan batang ais krim mengikut jumlah yang dipaparkan di bahan bantu mengajar tersebut. Setelah itu pelajar akan menambah kesemua bilangan batang ais krim tersebut. Aktiviti ini dapat membantu pelajar memahami operasi tambah dalam matematik.
2. Aktiviti clip card games – guru meyediakan kad yang mengandungi gambar. Pelajar akan memadankan nombor mengikut gambar yang mewakili nombor tersebut. Caranya, bagi aktiviti pertama, pelajar akan clip nombor yang betul pada setiap gambar manakala aktiviti kedua, meletakkan penyepit kayu pada jawapan yang betul
Akhir sekali, ketika pelajar sudah mahir menggunakan teknik menerap imej ini, guru perlulah menyediakan peluang untuk mereka menggunakan strategi ini ke atas teks –teks lain yang bersesuaian.
Numerasi boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Dalam konteks kurikulum pendidikan khas, numerasi adalah suatu bentuk literasi numerik yang mana melibatkan keupayaan pelajar khas untuk memberi penaakulan tentang nombor dan aplikasi konsep matematik. Manakala, numerasi awal pula merujuk kepada penguasaan kanak-kanak dalam membuat penaakulan menggunakan konsep matematik.
Menurut kajian yang telah dilakukan, proses pembelajaran matematik adalah berterusan dan tidak boleh dihafal. Sebagai cara untuk meningkatkan kemahiran numerasi, kanak-kanak perlu memanipulasi objek, meneroka konsep matematik dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan berbual secara semula jadi dengan orang dewasa membantu kanak-kanak memperkembang pemikiran tentang matematik.
Dalam numerasi awal, kanak-kanak tidak didedahkan secara terus kepada bentuk nombor dan operasi. Pembelajaran kanak-kanak hanya melibatkan konsep umum, seperti sikit dan banyak, tinggi dan rendah serta jauh dan dekat. Numerasi awal ini lazimnya berlaku pada peringkat tadika dan sekolah rendah (tahap I,II dan III). Setelah menguasai konsep ini, barulah berlaku proses penaakulan tentang matematik melibatkan konsep-konsep matematik yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak, iaitu (1) nombor dan operasi, dan (2) geometri dan ruang. Konsep nombor adalah proses kesedaran tentang nombor yang melibatkan keupayaan untuk berfikir dan bekerja dengan nombor, serta memahami penggunaan dan hubungan antara nombor. Manakala konsep operasi pula melibatkan terma matematik formal yang merujuk kepada proses tambah, tolak, dan pembahagian nombor. Melalui konsep ini, kanak-kanak tahu untuk mengaitkan konsep nombor, perbendaharaan kata, kuantiti dan menulis numeral secara bermakna serta tahu mengira nombor dalam lingkungan 10 secara tersusun dan seterusnya. Selain itu, kanak-kanak turut mempelajari cara mengira menggunakan teknik use of one-to-one correspondence (mengenal tertib nombor) dan melakukan pemadanan objek dengan bilangan nombor yang diberikan.
Dalam konsep geometri dan ruang, geometri merujuk kepada kemahiran deskripsi dan klasifikasi yang melibatkan bentuk, saiz, kedudukan, arahan dan peralihan. Manakala konsep ruang pula memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang perkaitan antara objek, orang lain dan diri mereka sendiri. Kanak-kanak yang belajar tentang geometri dan ruang akan mula untuk mengecam, deskripsi, banding, dan menamakan bentuk, bahagian dan ciri-ciri yang umum di samping berupaya untuk menyambung dan memisahkan bahagian daripada bentuk serta menentukan objek sesuatu bentuk geometri itu memiliki bentuk dan saiz yang sama. Selain itu, kanak-kanak yang belajar tentang geometri dan ruang akan menunjukkan perkembangan dari aspek pemadanan, susus, mengatur dalam bentuk siri serta proses mengumpul.
Komponen matematik memberi pendidikan matematik secara umum kepada semua murid kurang upaya dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian dan kerjaya. Komponen ini memberikan asas matematik yang diperlukan untuk mempelajari mata pelajaran lain dan diharap dapat menyediakan pengalaman pembelajan matematik bagi murid-murid memperkembangkan kemahiran amali supaya dapat berdikari. Objektif komponen matematik (Jabatan Pendidikan Khas, 2016) membolehkan murid :
- Mengetahui dan memahami konsep nombor.
- Menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah, tolak, darab, dan bahagi
- Mengenali bentuk-bentuk asas yang terdapat di dalam alam sekeliling serta ciri-cirinya
- Menguasai kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan operasi matematik
- Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan dan bertanggungjawab
- Menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat-alat asas matematik
- Menguasai kemahiran penggunaan wang dalam kehidupan seharian
- Mengetahui konsep masa dan waktu
BAHAN BANTU MENGAJAR
December 10, 2017
No comments
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
PENGENALAN
Bahan Bantu Mengajar ialah kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran kepada murid ketika di dalam kelas. Peralatan mengajar ini bukanlah terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera seperti melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Menurut, Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad (1980-13) bahan bantu mengajar dapat dikelaskan kepada dua iaitu “ software dan hardware”. Manakala, Ngui Kuen Sang (1981) pula berkata, mengenai bahan bantu mengajar (BBM) kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang”. Menurut, Thomas, R. Murray, Swartout, dan Sherwin G (1963) hanya bahan bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan mereka.
Oleh itu, pembinaan bahan bantu mengajar memerlukan guru yang kreatif dan inovatif, khususnya dalam mengajar kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira. Pembinaan BBM seharusnya diasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran sedia murid. BBM yang berkesan mempunyai ciri-ciri yang fleksibel dan mudah digunakan dalam sebarang situasi dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu BBM yang berkesan akan menjadikan pembelajaran lebih produktif dan mempercepatkan kadar pembelajaran serta menjadikan pengajaran lebih bersifat individu iaitu berasaskan keupayaan diri.
Selain itu, bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Secara dasarnya, bahan bantu mengajar (BBM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran.
Penggunaan BBM yang berkesan berjaya menarik minat murid dan mengekalkan situasi pengajaran yang lebih menarik. BBM yang menggunakan pelbagai deria akan memberikan kesan dalam menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar, khususnya konsep yang abstrak. Penggunaan multimedia yang terdiri daripala slaid, video dan audio yang menarik berjaya mendorong pembelajaran secara sendirian atau berkumpulan. Jika BBM digunakan secara betul dan sesuai dengan pengalaman murid objektif-objektif berikut akan tercapai.
Seterusnya, kepelbagaian Bahan Bantu Mengajar (BBM) dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya. Mutu bahan bantu mengajar pula perlu bergantung kepada pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan), intonasi dan nada, keharmonian warna (gambar) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya.
Disamping itu, bahan itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya. Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya akan menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM perlu sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur.
Antara faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan bantu mengajar ialah Ketahanan. Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri, kos bahan yang dibina juga hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.
JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj. Hussin, 1986). Atan long (1981) membahagikan bahan bantu mengajar (BBM) kepada tiga kumpulan, iaitu:
- Alat pendengaran,
- Alat pandangan
- Alat pandang dengar.
Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-
- Media elektronik
- Media bukan elektronik,
Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:
- Bahan- bahan software
- Bahan-bahan hardware.
Menurut Atan long (1982) lagi bahan bantu mengajar (BBM) terdiri daripada berbagai-bagai bahan. Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan berbagai-bagat cara. Umpamanya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, dalam bentuk carta atau diletak pada slaid dan dipancarkan ke layar.
Oleh itu, alat-alat penyampaiannya dinamakan” bahan bantu mengajar (BBM) berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibahagikan bahan bantu mengajar (BBM) ini kepada tiga peringkat, iaitu (kamaruddin hj. Hussin,1987):
- Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur- slaid, projektor (overhead), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam dan lain-lain
- Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku, gambar carta model, surat khabar, papan tulis, kad imbasan dan lain-lain.
- Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomim, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.
KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Antara kebaikan bahan bantu mengajar mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 ) ialah menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep pengajaran, sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar ketika belajar dan dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Penggunaan bahan bantuan mengajar yang fleksibel membolehkan para pelajar memhami sesuatu topik yang diajar dengan lebih mendalam dalam masa yang singkat. Bahan bantuan mengajar juga membantu para pelajar memahami sesuatu topik disamping meningkatkan daya pengetahuan pelajar-pelajar. Menurut Siti Hawa Munji (1990) menjelaskan bahawa semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, teknik dan kaedahnya mestilah mempunyai aktiviti-aktiviti yang meransang murid, minat serta kecenderungan terhadap bahan bantu mengajar yang disediakan. Penglibatan murid seratus peratus di dalam aktiviti-aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih baik dan pelajar merasa lebih yakin untuk menghadapi pengajaran.
Ingatan pelajar terhadap sesuatu topik juga akan lebih kekal. Teknik penggunaan bahan bantuan mengajar akan membantu para pelajar untuk terus memberikan tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini demikian kerana teknik ini memerlukan penglibatan aktif daripada para pelajar. Tumpuan yang diberikan sepenuhnya oleh para pelajar akan membantu pelajar itu sendiri untuk mengingat setiap maklumat-maklumat penting yang disampaikan oleh pengajar / pendidik. Penyataan ini disokong oleh Dale (1969) dalam Noor Azmi Osman (2000) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru akan melibatkan lebih banyak deria pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dengan ini ingatan pelajar akan menjadi lebih kekal.
Seterusnya, menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) bahan bantu mengajar dapat memberi rangsangan dan minat murid-murid, menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. Dengan cara ini ia akan membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Penggunaan BBM juga membolehkan pembelajaran murid-murid menjadi lebih mendalam serta dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata murid.
Disamping itu, BBM turut memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Pelajar dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. Ia juga boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar . Memberi pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain sekaligus mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid. Selain, menjimatkan masa bahan bantu mengajar dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid serta menyeronokkan murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Akhir sekali, antara rasional penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru
KELEMAHAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya tidak mempunyai kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama bahan bantu mengajar (BBM) adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun terdapat juga beberapa kekurangan. Antaranya, kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan pengaplikasian bahan bantu mengajar (BBM). Kesukaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
Oleh itu, untuk mengatasi segala kelemahan ini guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan. Guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam menggunakan segala bahan bantu mengajar BBM, seperti kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, dan Multimedia. Akhir sekali, guru mestilah merancang dengan sistematik setiap bahan bantu mengajar yang akan dihasilkan. Kesimpulannya, perkara yang harus diambil perhatian ialah bahan bantu mengajar adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.
KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1998), telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antara mengapa bahan bantu mengajar perlu digunakan adalah ia dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat pelajar. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar. Justeru itu, para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Tambahan pula, jika bahan bantu mengajar itu baik, maka ia juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Sebagai contoh, dalam pengajaran moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam diri para pelajar
Seterusnya, menurut Kamaruddin Hj. Husin (1998), bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar. Sehubungan itu, penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Sebagai contoh, apabila mereka melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi oleh pelajar, sekaligus penggunaan internet tersebut akan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para pelajar. Hal ini demikian mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai.
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga perlu digunakan kerana ia dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian, melalui bahan bantu yang sesuai, ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari oleh para pelajar. Sebagai contoh, apabila guru melakukan aktiviti dengan menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal, guru meminta para pelajar memberikan idea berdasarkan gambar tersebut, dan meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.
Tambahan lagi, bahan bantu mengajar ini juga perlu digunakan agar dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar berbanding kaedah konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Hal ini demikian, dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka, sesi pengajaran tersebut akan dapat memberikan keseronokan kepada para pelajar. Tambahan pula, mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guru yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan cerita tersebut juga tidak membosankan dan sesuai dengan peringkat umur mereka.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa bahan bantu mengajar sememangnya sangat berguna kepada para pelajar dan tenaga pengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran sangat penting bagi menjadikan sesuatu pembelajaran itu berjalan dengan lancar, berkesan serta membentuk suatu kelainan dalam pengajaran yang mana ia dapat menghilangkan kebosanan dalam diri pelajar di samping menarik minat mereka untuk fokus terhadap sesi pembelajaran yang sedang berlangsung. Namun begitu, ia juga mempunyai beberapa kelemahan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, kelemahan tersebut tidak memberi kesan yang dominan dan tidak menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Akhirnya, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sangat penting untuk menarik minat pelajar dan memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sekali gus mencapai objektif pengajaran yang disasarkan dalam kurikulum sekolah.
GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR
December 10, 2017
No comments
1) BUKU KEMAHIRAN NUMERASI DALAM PENDIDIKAN KHAS
2) KONSEP NOMBOR DAN OPERASI
3) KONSEP GEOMETRI DAN RUANG
RAJAH 1 : Buku kemahiran numerasi dihasilkan bagi memberikan sedikit keterangan berkaitan tajuk Bahan Bantu Mengajar yang disediakan oleh ahli kumpulan kami.
2) KONSEP NOMBOR DAN OPERASI
RAJAH 2 : Gambar ini adalah merupakan salah satu maklumat yang terdapat dalam buku kemahiran numerasi, iaitu berkaitan dengan kemahiran menilai saiz bentuk sesuatu objek. Teknik ini perlu dikuasai oleh murid-murid berkeperluan khas sebelum mereka mempelajari tentang bentuk-bentuk nombor.
RAJAH 3 : Gambar di atas adalah merupakan nombor asas dalam mempelajari kemahiran numerasi yang melibatkan bentuk nombor, kuantiti objek dan perkataan yang mewakili sesuatu nombor.
3) KONSEP GEOMETRI DAN RUANG
RAJAH 4 : Gambar di atas merujuk kepada salah satu komponen penting dalam kemahiran numerasi awal yang perlu dikuasai oleh murid-murid berkeperluan khas sebelum mereka menguasai sepenuhnya berkaitan konsep nombor dan operasi.
RAJAH 5 : Gambar di atas adalah salah satu proses kanak-kanak khas mempelajari konsep bentuk dan ruang yang mana turut mengandungi satu teks ringkas yang menerangkan bentuk tersebut agar pelajar lebih memahami konsep yang diterangkan.
LAPORAN PAMERAN
December 10, 2017
No comments
KONSEP NUMERASI DALAM PENDIDIKAN KHAS
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
BAHAN BANTU MENGAJAR
|
Konsep Operasi
|
Nama Aktiviti :
Operasi Tambah
Cara Pelaksanaan :
1) Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dalam aktiviti ini.
2) Guru memberikan penerangan cara menjalankan aktiviti, iaitu pelajar dikehendaki memasukkan beberapa batang aiskrim mengikut bilangan yang dinyatakan di atas mounting board.
|
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar :
|
Nama Aktiviti :
Operasi Tolak
Cara Pelaksanaan:
1) Guru menyediakan soalan mudah yang melibatkan operasi tolak.
|
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar:
| |
Konsep Nombor
|
Nama Aktiviti :
Puzzle Nombor
Cara Pelaksanaan :
1) Guru menyediakan puzzle nombor yang dibuat dalam turutan tertib nombor.
2) Guru menerangkan kepada pelajar berkaitan nombor berkenaan. Kemudian guru akan mengasingkan puzzle nombor tersebut.
3) Pelajar dikehendaki memadankan puzzle berkenaan mengikut bentuk yang mewakili nombor tersebut.
|
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar :
|
Nama Aktiviti :
Clip Card Games
Cara Pelaksanaan Aktiviti 1 :
1) Guru menyediakan kad yang mengandungi gambar.
2) Guru memberikan penerangan, iaitu pelajar dikehendaki memadankan nombor mengikut gambar jari yang mewakili bilangan nombor tersebut.
|
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar :
| |
Cara Pelaksanaan Aktiviti 2 :
1) Guru menyediakan kad yang mengandungi gambar berserta soalan.
|
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar :
| |
Nama Aktiviti :
Kenali Bentuk Nombor
Cara Pelaksanaan:
1) Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2) Pelajar kemudiannya dikehendaki untuk memilih soalan di dalam cawan yang disediakan.
|
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar :
|
GAMBAR SEMASA PAMERAN BERLANGSUNG
Foto 1: Dr. Dahlia berkunjung ke booth kami dan bertanyakan soalan berkaitan bahan bantu mengajar(BBM)
Foto 2 : Salah seorang ahli kumpulan kami, berkunjung ke booth
Foto 3: Salah seorang daripada Kos ISMP Kesusasteraan Melayu melakukan aktiviti BBM yang melibatkan operasi tambah.
Foto 5: Ahli kumpulan lain berkunjung ke booth kami dan mendengar penerangan daripada salah seorang ahli kumpulan kami
RUJUKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
December 10, 2017
No comments
RUJUKAN
BUKU
Norfishah
Mat Rabi(2106). “Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya”,
Universiti Sultan Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Kemahiran
Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM), Diperoleh Pada 2
Disember 2017 daripada
Pembinaa
Bahan Bantu Mengajar, Diperoleh pada 2 Disember 2017 daripada
https://www.academia.edu/6296312/BAHAN_BANTU_MENGAJAR
Numerasi
Awal dalam Pendidikan Khas, diperoleh pada 2 Disember 2017 daripada
https://drive.google.com/file/d/1GXCLNBLppupPYOHz_Ya5TdNLYB3-nIl4/view?usp=sharing